4 Cara Gandakan Simpanan Dengan Mudah

Sketsa Harga Barang Naik
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

4 Cara Gandakan Simpanan Dengan Mudah

Kos sara hidup semakin lama semakin naik. Jika dahulu berbelanja keperluan rumah RM100 pun sudah mencukupi untuk sebulan. Tapi sekarang, RM1,000 belum tentu cukup untuk menampung keperluan 5 orang ahli keluarga.

Inilah dilema yang dialami kebanyakan daripada kita semua. Mereka yang berpangkat dan bergaji besar juga merasainya apatah lagi mereka yang hidupnya yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Hanya mengharapkan belas ihsan mereka yang ingin membantu.

Walaupun kos kehidupan semakin meningkat, kita juga harus meneruskan hidup dan menggalas tanggungjawab yang diberi; tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga, tanggungjawab kepada ibu bapa, tanggungjawab kepada diri sendiri dan masyarakat.

Pelbagaikan tabung wang simpanan, berbelanja mengikut keperluan, bersangka baik dengan aturan Tuhan. 

Bukan mereka yang bergaji besar sahaja mampu untuk menyimpan, mereka yang bergaji kecil juga mampu, menyimpanlah mengikut kemampuan masing-masing. Sekurang-kurangnya, tabung wang simpanan itu dapat membantu kita pada masa hadapan, atau juga dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Jom saya kongsikan, 4 cara gandakan simpanan dengan mudah:

1.   Simpanan Sekaligus (Lump Sum Savings)
  • Menyimpan dengan satu jumlah tertentu seperti RM1,000 / RM10,000 / RM100,000 tanpa sebarang penambahan modal simpanan.
  • Agihan pendapatan akan dilaburkan semula ke dalam Akaun Simpanan atau juga boleh digunakan oleh Pemilik Akaun.

2.   Simpanan Setiap Bulan (Regular Savings)
  • Simpanan melalui Auto Debit (Standing Instruction) atau melalui kaunter bank serendah RM100 sebulan.
  • Kelebihan melalui cara ini, kita boleh membuat pelan kewangan untuk tujuan dan tempoh masa tertentu seperti Pelan Pendidikan, Pelan Perkahwinan, Pelan Penyingkatan Tempoh Hutang, Pelan Beli Rumah dan sebagainya.

3.   Skim Simpanan Pekerja
Simpanan melalui Skim Simpanan Pekerja Kerajaan / Swasta perlu memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh Skim tersebut.

4.   Sedekah
The more you give, the more you get in return. Walaupun apa yang kita ada tu cukup-cukup makan, berkongsilah dengan mereka yang lebih memerlukan. Saham dunia dan saham akhirat harus diseimbangkan, untuk bekalan kita di sana nanti.

Bagi mereka yang masih belum berkemampuan untuk melakukan cara di atas, mulakan menyimpan serendah RM1 / RM10 satu hari. Terapkan nilai ingin menyimpan dalam jiwa anak-anak kita daripada mereka kecil lagi walaupun dengan hanya 10 sen, ini dapat membantu mereka apabila dewasa kelak.


Contoh Simpan Duit
Simpan Duit
Ini kerana, apabila kita dewasa nanti, hanya 2 kehidupan yang menanti, MATI atau TUA. Mati memerlukan amalan untuk bekalan di sana, tetapi jika kita menjadi tua, sudah tentu kita memerlukan duit/wang untuk hidup. As a kickstart, 4 cara gandakan simpanan dengan mudah membantu anda untuk menyimpan duit.

"Don't waste your money for the things you don't need".

Jemput baca entri Tips : Pelan Pendidikan Anak Serendah RM100 untuk idea simpanan pendidikan bagi anak-anak.

Terima kasih.

Salam Sayang,


Unknown

Hi, I'm Shy - I'm passionate at Making Money & Being Worthy. This blog is a place where I want to share the things I love to you!.

No comments:

Post a Comment