Emergency Fund - Panduan Mudah Untuk Anda


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Emergency Fund - Panduan Mudah Untuk Anda.

Kehilangan pekerjaan, kereta rosak, rumah kena pecah masuk, ahli keluarga sakit, business jatuh.

Seringkali manghambat rasa terkejut, takut, tidak bersedia atau tertekan di kalangan kita semua. I am not ready for this. Why is this happening to me?

Inilah lumrah kehidupan. Bersedia atau tidak bersedia, kehidupan masih perlu diteruskan. Tanggungjawab dan amanah masih perlu digalas. Bukan bunuh diri, lari atau tinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan untuk memperbaikinya.

Apa itu Emergency Fund ?

Suatu keadaan subjektif yang kebiasaannya tidak dijangka berlaku dipanggil Emergency.


Satu keadaan asing atau pengalaman baru yang berlaku dalam kehidupan seseorang.

Emergency Fund pula ialah kita memperuntukkan suatu jumlah wang sebagai tabungan atau simpanan, yang bersifat 'cair' (mudah dan cepat untuk dikeluarkan atau disimpan), digunakan ketika kecemasan atau ketika terdesak.

Kenapa kita perlu wujudkan Emergency Fund ?

Mudah sahaja. Hanya tanya kepada diri kita sendiri.

Adakah kita tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita esok atau di kemudian hari?

Berapa peruntukan yang diperlukan untuk Emergency Fund ?

Peruntukan Emergency Fund bergantung kepada kedudukan kewangan dan cara hidup seseorang. 
Semakin stabil atau kukuh kedudukan kewangan dan kehidupan kita, semakin sedikit yang diperlukan untuk Emergency Fund.

Jika kita mempunyai kerja tetap, gaji bulanan 3-4 angka sebulan, jumlah tanggungan yang rendah, cara hidup bersederhana, cukup sahaja 3 bulan peruntukan Emergency Fund.

Tetapi, jika kita tiada pekerjaan tetap, gaji berdasarkan komisen semata-mata, tanggungan dan hutang yang tinggi, cara hidup serba mewah, diri sendiri atau ahli keluarga yang sakit dan memerlukan rawatan, 6 bulan atau lebih peruntukan Emergency Fund adalah lebih sesuai.

Di mana tempat terbaik untuk kita letakkan Emergency Fund ?

1. Simpanan di Bank : Akaun Simpanan atau Akaun Tetap

  • Pergi sahaja ke mana-mana bank berdekatan untuk membuka akaun;
  • Jika sudah ada, peruntukkan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut;
  • Pastikan akaun tersebut tidak bercampur dengan akaun simpanan yang lain, mahupun akaun yang terdapat gaji kita;
  • Asingkan kad ATM daripada kad-kad ATM yang lain, senang kata, keluarkan kad ATM ni daripada dompet dan simpan di tempat yang jarang kita nampak;
  • Pastikan akaun ini hanya digunakan apabila kecemasan sahaja (yela..kadang-kadang kita ni tewas, lagi-lagi time 'Mega Sales', ye dak? hihi).

2. Insurans, Takaful @ Medical Card

  • Waris atau ahli keluarga akan diberikan satu pampasan atau sejumlah wang (seperti dalam Polisi/Sijil Takaful) apabila terjadi kematian, kecacatan kekal, kemalangan, atau penyakit kritikal terhadap Pemegang Polisi/Takaful;
  • Ramai Wakil Insurans/Takaful di Malaysia ni. Tak perlu segan, tanya sahaja mereka. Sudah pasti mereka pakar dalam bidang mereka sendiri;
  • Pastikan Wakil Insurans/Takaful yang kita jumpa memberikan penerangan dan cadangan mengikut keperluan hidup kita. Know your needs, let them assist you at their best.
  • The most important is, pastikan kita betul-betul faham isi kandungan polisi/sijil takaful kita. Ambil peduli dan bertanyalah jika tidak tahu. Jangan bila sudah terjadi sesuatu, kita mula menuding jari dan menyalahkan pihak lain atas kecuaian dan sikap acuh tak acuh diri kita sendiri.

3. Pelaburan (ASB, Tabung Haji, Unit Trust)
  • Let the money works for you. Ini merupakan medium terbaik untuk kita gandakan Emergency Fund kita;
  • Terdapat berbilang pelaburan halal (approved by Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) di Malaysia, pilih sahaja;
  • Pastikan pelaburan yang kita masuk adalah sah di sisi undang-undang dan patuh shariah untuk yang beragama Islam;
  • Know your objective, and invest righteously.
Growing Money
Ha !
Dah tahukan tentang Emergency Fund. Apa tunggu lagi. Bertindak SEKARANG.
Peruntukkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan kita khas untuk Emergency Fund.
Emergency Fund memberikan harapan dan ketenangan kepada kita apabila terjadinya sesuatu perkara yang tidak disangka-sangka.

Boleh ke entri sebelumnya Pentingnya Emergency Fund Kepada Wanita, satu kisah benar yang berlaku kepada sebuah keluarga. Bagaimana kisah yang terjadi, membuka mata dan fikiran keluarga ini akan Kepentingan Emergency Fund kepada mereka.

Jika masih ada yang terpinga-pinga, atau masih tidak tahu bagaimana nak buat Emergency Fundboleh fahami semula artikel Emergency Fund - Panduan Mudah Untuk Anda atau Leave Us A Message !

Terima kasih.

Salam Sayang,

Shaiha Mohd Tarmizi

Unknown

Hi, I'm Shy - I'm passionate at Making Money & Being Worthy. This blog is a place where I want to share the things I love to you!.

No comments:

Post a Comment