Tips : Pelan Pendidikan Anak Serendah RM100

Pelan Pendidikan RM100

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tips : Pelan Pendidikan Anak Serendah RM100.

Kos sara hidup meningkat, harga barang-barang keperluan naik, harga minyak turun naik dan pendapatan masih tidak mencukupi. Rata-rata daripada kita mengeluh ekoran daripada isu semasa yang hangat ini.

Tapi sampai bila ? 
Sampai bila harus mengeluh ? 
Adakah kita hanya ingin mengeluh sahaja atau kita cari alternatif untuk mengurangkan rasa beban ini ?

Kos sara hidup berubah seiring peredaran zaman. Zaman atuk nenek kita dulu pun tak pernah kita dengar mereka kata barang murah ataupun senang nak hidup. Bezanya mereka pada zaman dahulu sanggup membanting tulang daripada terus mengeluh demi menyara anak-anak (saya percaya zaman sekarang pun masih sama).

Kos Pendidikan juga tidak akan ketinggalan, semakin lama, semakin meningkat seiring zaman.    
Kos Pendidikan Universiti Awam Tempatan
Kos
Ilustrasi di atas ini menunjukkan kiraan untuk Kos Pendidikan di Universiti Awam Tempatan.

Kos pendidikan termasuk kos sara hidup pada masa kini purata bernilai RM20,000 selama 3-4 tahun untuk peringkat Diploma atau Ijazah.

Pada 18 tahun akan datang apabila diambil kira kadar inflasi sebanyak 4%, kos pendidikan dan sara hidup ini akan meningkat kepada RM40,500.

Anak-anak tidak lama lagi akan membesar dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi mereka. Zaman semakin maju, desakan kehidupan memerlukan anak-anak ini punyai pendidikan at least Diploma atau Ijazah (termasuk syarat untuk memohon pekerjaan, kelulusan tertinggi pendidikan merupakan kriteria utama). Kos pendidikan dan sara hidup di peringkat ini bukanlah sesuatu yang patut kita pandang enteng (remeh).

Persoalannya di sini, bilakah masa yang sesuai untuk memulakan simpanan ini ?
Adakah sekarang masa yang sesuai ?
Ataupun nak tunggu anak-anak kita masuk sekolah baru nak mula ?

Tips : Pelan Pendidikan Anak Serendah RM100.

Ilustrasi di bawah ini pula menunjukkan bahawa dengan hanya menyimpan RM100 setiap bulan, selama 18 tahun, kita akan memperoleh sebanyak RM48,000 (kiraan berdasarkan anggaran 8% pulangan setiap tahun).
Pelan Pendidikan Universiti Awam Tempatan
Kiraan Pelan Pendidikan
Bermulalah daripada HARI INI. Ketahuilah bahawa ibu bapa yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak, daripada sebelum mereka lahir lagi. Kita yang sepatutnya merancang kehidupan anak-anak kita. Harus bagaimanakah mereka apabila dewasa kelak ?

Kebergantungan pada Tuhan itu perlu, tapi kebergantungan itu sahaja tidak mencukupi jika kita tidak berusaha untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Anak-anak itu amanah Tuhan, pasti akan disoal kelak jika kita tidak menjaga amanah ini dengan sebaiknya.

Tips : Pelan Pendidikan Anak Serendah RM100.

Pelan Pendidikan ini mungkin hanya sesuai untuk sesetengah pihak. Jika terdapat sebarang kemusykilan Leave Us A Message !

Jemput baca entri sebelumnya tentang Insurans VS Pelaburan : Mana Yang Penting ? 
Info ringkas tentang perbezaan insurans dan pelaburan, khas untuk anda yang masih ragu-ragu..hehe

Terima kasih.

Salam Sayang,

 

Unknown

Hi, I'm Shy - I'm passionate at Making Money & Being Worthy. This blog is a place where I want to share the things I love to you!.

No comments:

Post a Comment