Pentingnya Emergency Fund Kepada Wanita



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pentingnya Emergency Fund Kepada Wanita.

"Alaa... kita perempuan, tak perlu semua ni... Suami kita ada untuk tanggung kita... 
Tambah-tambah lagi kerja kerajaan, terjamin."

Wahai wanita, WAKE UP!

It's a BIG NO untuk mempunyai fikiran seperti ini. Cuba kita rasakan, jika suami atau ketua keluarga kita pergi begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang simpanan mahupun harta.

Bagaimana kita perlu meneruskan kehidupan seharian kita?
Kehidupan persekolahan anak, ibu atau bapa yang terlantar sakit, kita yang tidak pernah berkerja atau gaji bulanan hanya cukup makan. Keadaan ini semua perlu diambil kira.


Emergency Fund
Pentingya Emergency Fund bukan sahaja kepada wanita, malahan juga penting untuk semua golongan dan peringkat umur.

Mari saya kongsikan satu kisah benar, yang terjadi kepada saudara rapat saya sendiri. Kisah yang berlaku pada tahun 2016, yang menjadi tauladan kepada kami sekeluarga.

Adam (bukan nama sebenar) merupakan bekas pekerja kerajaan. Pada tanggal 2010, Adam telah pulang menghadap Sang Pencipta. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak yang berumur dalam lingkungan 20an. Beliau juga meninggalkan sejumlah simpanan dan harta pusaka. Pada ketika itu, kehidupan balu dan anak-anak beliau masih terjaga. 

Bermula lah kisahnya, pada tanggal Mac 2016, balu beliau, Sara (bukan nama sebenar) diserang serangan jantung melebihi 3 kali dalam sebulan. Ini bermakna, Sara telah dimasukkan wad melebihi 3 kali dalam sebulan. Alhamdulillah, Sara merupakan isteri kepada seorang bekas pekerja kerajaan. Bil hospital dan ubat-ubatan beliau ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan (Sara dimasukkan ke hospital kerajaan). Sara didiagnos menghidapi Penyakit Jantung dan beliau dirujuk kepada Pakar Jantung di Hospital UiTM Sg. Buloh pada September 2016.

September 2016, setelah Sara berjumpa Pakar Jantung di Hospital UiTM Sg. Buloh, beliau dikehendaki menjalani prosedur Angiogram (untuk melihat jika terdapat sebarang blockage di arteri jantung) pada tanggal 5 Oktober 2016. Kos prosedur ini adalah percuma. 

Setelah prosedur dilakukan, terdapat 3 saluran arteri koronari Sara yang tersumbat. Sara dikehendaki menjalani rawatan melalui prosedur yang dipanggil Angioplasty (prosedur memasukkan stent untuk menghalang arteri daripada terus tersumbat).

Kos rawatan ini mencecah RM21,000. Deposit dikehendaki sebanyak RM10,000 dan seperti sedia maklum, rawatan ini hanya akan dilakukan jika bayaran deposit telah dibuat. Rawatan dijangkakan pada Disember 2016.

Pada ketika ini, jika Sara bukan seorang balu kepada bekas pekerja kerajaan, Sara tidak akan dapat menjalani rawatan dan berkemungkinan besar, apabila wang deposit yang dikehendaki sudah mencukupi, keadaan Sara sudah bertambah buruk dan memerlukan kos rawatan yang lebih tinggi.

Keadaan ini adalah tidak dijangka sama sekali oleh Sara sekeluarga. Pada ketika ini, anak-anak Sara bekerja di sektor swasta dan gaji bulanan mereka masih tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan Sara.

Keadaan ini telah membuka mata Sara akan pentingnya Emergency Fund kepada wanita. 

Rentetan daripada keadaan yang dialami Sara, beliau berkorban sejumlah wang pada setiap bulan bertujuan membuka Emergency Fund untuk anak perempuan yang masih bujang dan 2 orang cucu beliau.


Kisah ini dialami oleh seorang balu kepada bekas pekerja kerajaan, yang diberikan keistimewaan dan keutamaan oleh kerajaan.

Cuba bayangkan jika ini terjadi kepada kita yang tidak bekerja di sektor kerajaan, atau yang gaji setiap bulan hanyalah 'cukup makan'. Jika kita tiada simpanan atau tabungan, bagaimana kita harus menghadapi situasi ini, situasi yang tidak dijangka berlaku secara tiba-tiba? 

Saving Money
Pentingnya Emergency Fund kepada wanita, bukan sahaja untuk wanita, malahan sama pentingya kepada semua golongan dan peringkat umur. Jika kita tidak bermula sekarang, bila tiba waktunya, pasti kita akan berasa menyesal. Tiada siapa yang dapat membantu, kecuali diri kita sendiri.

Jika anda memerlukan penjelasan lebih lanjut, atau terdapat sebarang kemusykilan, Leave Us A Message !

Ingin ketahui apa itu Emergency Fund?
Artikel Emergency Fund - Panduan Mudah Untuk Anda dapat membantu.

Terima kasih.

Salam Sayang,

Shaiha Mohd Tarmizi

Unknown

Hi, I'm Shy - I'm passionate at Making Money & Being Worthy. This blog is a place where I want to share the things I love to you!.

No comments:

Post a Comment