Insurans VS Pelaburan : Mana Yang Penting ?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

"Saya dah ada insurans, tak perlu dah nak melabur? Sama je semua tu."
"Eh, aku dah melabur 10 tahun yang lalu dan masih melabur hingga kini, tak perlulah medical card atau insurans semua bagaitak penting."
"Erm....Takpelah, saya sudah ada..(sedangkan tiada)"


Biasa alami situasi sebegini ?
Saya percaya, ini ialah jawapan yang sering kita berikan saat disapa wakil-wakil insurans dan perunding pelaburan.

Seringkali juga kita mendakwa bahawa insurans dan pelaburan itu sama. Benarkah ianya sama? Atau kita hanya mendakwa semata-mata berdasarkan dakwaan yang dibuat orang sekeliling kita?

Insurans VS Pelaburan : Mana Yang Penting ?

Di mana jua kita berada, kita semua pasti pernah didatangi oleh mana-mana wakil insurans mahupun perunding pelaburan kan? Di pusat membeli belah, di ruang legar bank, di mana-mana sahaja kita pergi, pasti kita pernah lihat kaunter-kaunter yang mempromosikan insurans ataupun pelaburan mereka.

Sebelum bicara lebih lanjut tentang mana satu yang lebih penting, jom kita kenali dulu apa itu insurans dan pelaburan.
Insurans
Apa itu Insurans ?

Insurans merupakan jaminan kepada suatu risiko kerugian. Dengan kata lain, dalam kehidupan kita, kita tidak terlepas daripada sebarang risiko kerugian seperti risiko kematian, risiko kemalangan, risiko penyakit kritikal dan sebagainya. Sudah tentu apabila risiko-risiko ini berlaku kepada kita, kita akan mengalami kerugian, kerugian berbentuk kewangan, harta benda mahupun nyawa.

Insurans menghalang kerugian daripada berlaku kepada kita atau membantu kita mengurangkan kerugian apabila ianya berlaku terutamanya kerugian berbentuk kewangan. Dengan kata lain, insurans sebagai perlindungan kewangan apabila terjadinya sesuatu musibah atau kerugian.

Sebagai contoh:

Situasi 1 (Mempunyai insurans)
Aiman seorang Jurutera yang bekerja di Kuala Lumpur. Setiap hari Aiman akan berulang alik dari rumahnya di Cyberjaya ke tempat kerjanya dengan menunggang motorsikal. Suatu hari, Aiman ditimpa kemalangan jalanraya dan kedua kakinya patah. Kos rawatan yang diperlukan Aiman sebanyak RM12,000 (anggaran kos memasukkan besi dalam kedua belah kaki). Oleh kerana Aiman mempunyai insurans, kos rawatan Aiman ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengendali insurans.

Situasi 2 (Tiada insurans)
Amir ialah seorang suami dan bapa kepada lima (5) orang anak yang masih bersekolah. Isteri Amir tidak bekerja dan ibu mertua Amir yang sakit juga tinggal bersama Amir sekeluarga. Suatu hari, Amir ditimpa kemalangan jalanraya dan tidak boleh bekerja lagi. Oleh kerana Amir tidak mempunyai sebarang insurans, segala simpanan yang mereka ada terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan Amir dan ibu mertuanya, itupun masih tidak mencukupi untuk menyara mereka sekeluarga. Keluarga Amir kehilangan sumber pendapatan, mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk membantu mereka.

Apakah jenis insurans yang terdapat di Malaysia ?

  • Insurans Am seperti Insurans Kenderaan, Insurans Rumah, Insurans Barang Berharga, Insurans Perjalanan dan sebagainya.
  • Insurans Nyawa dan Keluarga seperti Kad Perubatan (Medical Card), Penyakit Kritikal, Kematian, dan sebagainya.
Pelaburan
Apa itu Pelaburan ?


Pelaburan (Investment) secara ilmiahnya bermaksud menangguhkan penggunaan duit pada masa kini dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan. Dengan kata lain, pelaburan ialah medium untuk kita gandakan duit.

Sebagai contoh, kita melabur dalam Tabung Haji/ASB dengan harapan untuk mendapatkan pulangan/dividend setiap tahun.

Pelaburan yang memberikan hasil atau keuntungan seperti yang dikehendaki pelabur memerlukan jangka masa tertentu berbeza mengikut risiko dan objektif setiap pelabur.

Apakah jenis pelaburan yang terdapat di Malaysia ?

1. Akaun Simpanan/Simpanan Tetap
  • Melabur/ menyimpan dalam institusi kewangan.
  • Risiko dan pulangan yang rendah.
  • Simpanan boleh dikeluarkan bila-bila masa.

2. Hartanah
  • Memerlukan modal yang besar.
  • Pembelian hartanah seperti rumah, tanah, lot kedai dan sebagainya.
  • Pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan pendapatan semasa.

3. Saham/Stok/Syer
  • Perkongsian hakmilik sesebuah syarikat atau perusahaan.
  • Mendapat hak dalam sebahagian harta dan keuntungan syarikat.
  • Lebih banyak saham yang kita miliki, lebih besar pemilikan kita dalam syarikat berkenaan.

4. Unit Trust/Amanah Saham
  • Wang pelabur yang dikumpulkan dan dilaburkan ke dalam pelbagai saham ekuiti dan bon.
  • Diuruskan oleh pengurus professional yang mahir dalam bidang ini.
  • Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Insurans VS Pelaburan : Mana Yang Penting ?

Insurans dan pelaburan masing-masing mempunyai kepentingan bergantung kepada keperluan dan gaya hidup seseorang.

Seorang yang mempunyai kerjaya dan pendapatan yang kukuh, hidup bersederhana, bebas daripada hutang, mengamalkan gaya hidup sihat, dan pandai menguruskan kewangan, mungkin tidak memerlukan insurans mahupun pelaburan tambahan.

Manakala, seorang yang mempunyai pekerjaan berisiko tinggi (seperti Polis, Kontraktor, Jurutera dan sebagainya), mempunyai hutang PTPTN atau hutang kereta dan rumah, mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat (berisiko mendapat penyakit Jantung, Kencing Manis dan sebagainya), dan tidak mahir dalam menguruskan kewangan sendiri, insurans ataupun pelaburan merupakan pilihan alternatif untuk golongan seperti ini.

Secara kesimpulannya, insurans merupakan medium perlindungan kewangan kita apabila terjadi suatu musibah, manakala pelaburan merupakan medium untuk kita menggandakan simpanan atau wang sedia ada demi kehidupan yang lebih selesa di masa hadapan.

“Money is not everything, but everything needs money”- Quoted.

Bijaklah dalam merancang kewangan masing-masing, dapatkan maklumat tentang insurans dan pelaburan daripada sumber yang betul seperti ejen mahupun syarikat yang berdaftar di Malaysia, bukan dengan hanya mendengar pendapat kawan-kawan (unless kawan kita tu ejen ataupun pekerja syarikat berkenaan..hehe) mahupun daripada sumber yang tidak pasti seperti viral di laman media sosial.


Insurans VS Pelaburan : Mana Yang Penting ? Pilihan di tangan anda.

Jemput baca entri Emergency Fund - Panduan Mudah Untuk Anda. A quick guide untuk mulakan Emergency Fund anda.

Jika anda punyai sebarang pertanyaan, Leave Us A Message !

Terima kasih.

Salam Sayang,

 

Unknown

Hi, I'm Shy - I'm passionate at Making Money & Being Worthy. This blog is a place where I want to share the things I love to you!.

No comments:

Post a Comment